Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    ICJ perintah Rusia tamatkan operasi ketenteraan

    GENEVA, 17 MAC – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kelmarin mengarahkan Rusia menghentikan operasi ketenteraannya di Ukraine.

    Keputusan itu menyaksikan 13 undi menyokong berbanding dua membantah, lapor agensi Anadolu.

    “Persekutuan Rusia perlu segera menghentikan operasi ketenteraannya sejak 24 Februari 2022 di wilayah Ukraine,” memetik keputusan mahkamah. Bahagian kedua keputusan itu turut mendapat sokongan 13 panel hakim manakala dua lagi membantah.

    Mahkamah turut sebulat suara memutuskan “kedua-dua pihak bertelagah hendaklah menghentikan sebarang tindakan yang mungkin memburukkan atau memanjangkan krisis atau menjadikannya lebih sukar diselesaikan.”

    Menurut ICJ “Ukraine mempunyai hak untuk mengelakkan tragedi pembunuhan beramai-ramai di wilayah Ukraine.” Rusia memboikot perbicaraan itu susulan Kyiv mendakwa Moscow menyalahgunakan undang-undang genosid demi mewajarkan tindakannya.

    Keputusan ICJ adalah sah di sisi undang-undang. Menurut Kerajaan Ukraine kira-kira 15,000 orang terbunuh akibat konflik itu, kejadian sama seperti pengilhakan haram Crimea oleh Rusia pada 2014. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...