Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    China gantung khidmat visa Korea Selatan

    BEIJING, 10 JAN – Kerajaan China mengumumkan penggantungan perkhidmatan visa pelawat dan perniagaan untuk rakyat Korea Selatan – serta untuk rakyat Jepun – sebagai tindak balas terhadap peraturan pemeriksaan COVID oleh kedua-dua buah negara tersebut terhadap pelawat dari China.

    Kedutaan China di Seoul mengumumkan keputusan itu melalui akaun WeChatnya, memetik bahawa penggantungan perkhidmatan tersebut akan berterusan sehingga peraturan pemeriksaan ‘diskriminasi’ yang hanya dilakukan ke atas rakyat China, ditarik balik.

    Perkhidmatan berita Kyodo dari Jepun berkata larangan itu juga akan menjejaskan pelancong Jepun, walaupun tidak ada pengumuman serupa dari China. Seorang pegawai Kementerian Luar Jepun berkata, kerajaan menyedari laporan itu dan sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pihak berkuasa China mengenai langkah yang sedang dipertimbangkan oleh Beijing.

    China akan menyesali tindakan tersebut, kata pegawai itu, bercakap dengan tidak mahu namanya disiarkan.

    Kementerian Luar China mengancam tindakan negara yang telah mengumumkan keperluan ujian virus baharu untuk pelancong dari China, minggu lalu.

    Sekurang-kurangnya 10 buah negara di Eropah, Amerika Utara dan Asia telah melakukannya hal yang sama baru-baru ini, dengan menyatakan kebimbangan mengenai kekurangan maklumat mengenai wabak virus yang merebak dengan pantas di China.

    Pengumuman China di Korea Selatan nampaknya hanya terpakai kepada pemohon baharu, dan tidak mengatakan apa-apa tentang warga Korea Selatan yang telah mendapatkan visa pada sebelum ini.

    China kini berdepan dengan lonjakan kes dan jumlah kemasukan pesakit COVID ke hospital di bandar-bandar utama dan bersiap sedia menghadapi keadaan yang lebih teruk, sekiranya wabak tersebut merebak lebih jauh ke kawasan kurang membangun, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, di mana orang ramai membuat perjalanan balik ke kampung masing-masing, mengakibatkan peningkatan jumlah kes dalam beberapa hari akan datang. Walaupun penerbangan antarabangsa masih dikurangkan, pihak berkuasa berkata mereka menjangkakan perjalanan kereta api dan udara domestik akan berganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas. – AP

    Penumpang yang tiba dari China melalui pusat ujian COVID di Lapangan Terbang Antarabangsa di Incheon, Korea Selatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...