Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    China komited pacu pembangunan dunia

    BEIJING, 13 MAC – Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, badan perundangan kebangsaan tertinggi China melabuhkan tirainya di sini, pagi tadi.

    Berucap pada majlis itu, Presiden China, Xi Jinping merangkap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) komited menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan untuk melaksanakan tugasnya dengan bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat semua anggota NPC dan rakyat China dari semua etnik.

    Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, menegaskan China akan teguh menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, menyelaraskan pembangunan dan keselamatan bagi membina China sebagai sebuah negara yang kuat dan mewujudkan kebangkitan gemilang nusa dan bangsa.

    “China juga akan terus mengamalkan dasar ‘Satu Negara Dua Sistem’ dan mewujudkan penyatuan tanah air serta mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Xi.

    Beliau juga menegaskan tentang peri penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi ke arah peningkatan kualiti yang berkesan dan kuantiti yang rasional.

    “China akan terus meningkatkan keupayaan dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta kekuatan negara secara komprehensif.

    “Semua rakyat perlu berperanan dalam memanfaatkan hasil pembangunan modenisasi secara lebih banyak dan adil, dan mencapai kemajuan yang lebih ketara dan substantif dalam mewujudkan kemakmuran bersama,” kata Xi. – Bernama

    Presiden Xi Jinping menyampaikan ucapan pada majlis penutup Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Great Hall of the People di Beijing kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...