Sunday, May 19, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jepun longgarkan garis panduan pelitup muka

    TOKYO, 13 MAC – Kerajaan Jepun melonggarkan garis pandu penggunaan pelitup muka hari ini, mengesyorkannya hanya di dalam kereta api yang sesak dan di hospital atau rumah jagaan, tetapi terdapat sedikit tanda penduduk berminat untuk membuka pelitup muka.

    Jepun tidak pernah mempunyai mandat pelitup muka, tetapi penduduk mematuhi garis panduan untuk memakainya di dalam dan di luar sejak awal pandemik, dan pelitup muka merupakan perkara biasa walaupun sebelum COVID semasa musim sejuk dan demam alersi.

    Negara itu merupakan salah satu tempat terakhir di Asia yang menamatkan syor penggunaan pelitup muka di seluruh negara, dan hari ini kebanyakan penumpang menutup muka mereka, di dalam kereta api dan di luar rumah.

    “Saya rasa saya akan terus memakai pelitup muka buat masa ini,” kata Tatsuhiko Ohashi yang berusia 46 tahun kepada AFP dalam perjalanan ke tempat kerja, di luar stesen Shinagawa yang sibuk di Tokyo.

    Dia masih mempunyai sedikit ketakutan terhadap COVID dan bimbang dijangkiti tanpa disedari akan membawa risiko menggangu orang di sekeliling saya.

    Jepun mengelak sekatan keras lain semasa wabak itu tetapi masih lebih baik daripada kebanyakkan negara, dengan 73,199 kematian dalam populasi lebih daripada 125 juta.

    Beberapa pemerhati telah mengiktiraf pelitup muka dan langkah sukarela lain, bersama dengan penutupan sempadan yang ketat, sebagai kejayaan yang relatif.

    Tetapi kerajaan telah berminat untuk beransur-ansur kembali normal, membuka semula sempadan dan berusaha untuk merangsang ekonomi. – AFP

    Orang ramai berjalan melintasi persimpangan berhampiran Stesen Tokyo di Tokyo. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...