Thursday, May 9, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Choi dahului Terbuka Scotland LPGA

    AYRSHIRE, SCOTLAND, 29 JULAI – Pemain rookie Jelajah LPGA, Choi Hye-Jin membenam lapan-bawah-par 64 kelmarin untuk mendahului perlawanan Terbuka Scotland di Padang Golf Dundonald Links.

    Choi mengumpul tujuh birdie, satu eagle dan bogey untuk menambah matanya dalam pusingan Jelajah LPGA.

    “Hari ini saya membuat pukulan yang sangat bagus secara keseluruhan, tetapi pukulan saya lebih baik jadi saya mempunyai banyak peluang,” kata Choi, yang memerlukan 27 pukulan kelmarin. “Saya melakukan birdie apabila mendapat peluang.”

    Tiga pemain terikat di tempat kedua dengan pembukaan 65 pukulan. Lydia Ko mencatat bogey-free buat kali ke-11 musim ini dalam penampilan kelimanya di Terbuka Scotland, yang membawa kepada kejohanan utama terakhir Jelajah LPGA musim depan, iaitu Terbuka Britain Wanita di Muirfield.

    Sementara itu, Celine Boutier dan Lilia Vu juga berjaya memperoleh 65 mata.

    Pemain rookie Georgia Hall dan Jelajah LPGA, Na Rin An terikat di tempat kelima dengan 66 pukulan, manakala tujuh pemain lain pula terikat seri di tempat ketujuh dengan 67 pukulan, termasuk juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Wanita, Minjee Lee. Selain itu, juara bertahan Terbuka Scotland, Ryann O’Toole membuat 68 pukulan.

    Ko menduduki tempat kedua tahun lalu di belakang O’Toole di Dumbarnie Links. Dia juga seri di tempat ketiga minggu lalu di Kejohanan Evian, satu lagi kejohanan utama LPGA. – AP

    Lydia Ko semasa menyertai Kejohanan Evian, 23 Julai 2022. Beliau adalah antara pemain yang terikat di tempat kedua dengan 65 pukulan di belakang Choi Hye-Jin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...