Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Cincin hilang sebab Diana salah letak

    Misteri kehilangan cincin perkahwinan seperti didakwa Diana Danielle terjawab apabila suaminya, Farid Kamil mengesahkan barang kemas itu lesap selepas isteri melahirkan anak kedua mereka, Nur Aurora, yang sudah berusia lapan tahun.

    Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari mendakwa dia bukanlah punca cincin perkahwinan itu hilang.

    “Sebenarnya, cincin perkahwinan yang saya beri kepada Diana itu dipakainya. Dia yang salah letak cincin berkenaan ketika Aurora dilahirkan di Bangsar melalui proses water birth (kelahiran dalam air).

    “Dalam proses itu, semua jam dan barang kemas lebih baik dibuka. Jadi, Diana buka dan letakkan dalam beg. Tetapi selepas selesai proses bersalin, kami hendak balik dan cari cincin itu tidak dapat ditemui.

    “Saya cuba mencari dan disebabkan dia tidak jumpa cincin berkenaan, isteri menangis dan bersedih. Untuk menghalang dia daripada terus bersedih selepas menyambut kelahiran anak kedua, saya katakan bahawa cincin itu bukan penting, kita boleh beli. Saya beritahu kegembiraan pada masa itu, kita tidak boleh beli.

    “Saya tidak sangka perkara itu boleh jadi isu besar. Saya berjanji akan cari cincin baharu dan Alhamdulillah, daripada hilang sebentuk cincin, saya sudah gantikan enam bentuk cincin untuk Diana,” katanya kepada pemberita sebaik selesai prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah, baru-baru ini.

    Farid berharap tawaran perdamaian dapat dibuat membabitkan nilai lebih RM300,000 termasuk bayaran pendahuluan nafkah, diterima baik isterinya itu.

    “Perdamaian pertama saya bawa sebentuk cincin dan bunga. Hari ini, saya bawa enam bentuk cincin dan dua utas rantai.” – Agensi

    Farid mendakwa cincin perkahwinan mereka hilang akibat Diana salah letak barangan kemas itu ketika proses kelahiran anak kedua mereka, Aurora. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...