Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Cita rasa bertaraf bintang

    Merenung pinggan awda, awda mungkin bertanya kepada diri sendiri, adakah itu boleh dimakan atau pun karya seni?

    “Makanan!” kata Kyle Connaughton, yang memiliki restoran bertaraf tiga bintang di California.

    Connaughton, dianggap oleh orang ramai sebagai salah seorang cef terbaik Amerika Syarikat (AS), adalah antara mereka yang telah membantu meletakkan California dalam peta masakan. Baginya juga, negeri ini menyerlah. “California adalah unik,” katanya.

    Tidak ada kekurangan makanan untuk diterokai di pinggir bandar San Francisco, Los Angeles dan San Diego, serta kedai makanan segera di sepanjang lebuh raya yang menghubungkannya. Di samping terdapatnya kafe dan restoran yang menarik untuk dikunjungi antara pantai Pasifik, padang pasir dan gunung.

    PELBAGAI RESTORAN BERTARAF BINTANG

    Di luar Chicago, Illinois dan New York, terdapat beberapa tempat di AS yang mempunyai restoran yang mempunyai kedudukan tertinggi seperti California.

    Amuse-bouche, yang terdiri daripada ramuan kecil, akan menjadi alasan yang cukup untuk menjamu selera. — ANN/The Star
    Iklim di Daerah Sonoma sesuai untuk menanam anggur kerana ia mempunyai sejarah yang panjang di sini. — ANN/The Star
    Pasar tani boleh ditemui di mana-mana di California, seperti bandar pantai Santa Barbara, tempat petani tempatan menjual hasil mereka. — ANN/The Star
    Gerai ketam ringkas adalah kegemaran pelanggan dan menawarkan rasa makanan California bertaraf tinggi yang berpatutan. — ANN/The Star

    Daripada 13 buah restoran bertaraf tiga bintang di AS, enam terletak di California, dan bandar negeri itu juga menempatkan 12 buah restoran dua bintang; dan 68 lagi satu bintang.

    Daripada 17 restoran di AS yang telah dianugerahkan Bintang Hijau untuk gastronomi mampan, 15 daripadanya terletak di bandar.

    California juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengeluaran produk segar tempatan yang mempromosikan hasil bermusim dan serantau di restoran. Iklim yang panas di kebanyakan bahagian negeri menjadikannya taman buah-buahan dan sayur-sayuran di AS.

    Tidak perlu dikatakan bahawa hasil organik juga dihidangkan di kawasan kejiranan mewah seperti Beverly Hills di Los Angeles atau Presidio di San Francisco, yang digabungkan dengan pemandangan Jambatan Golden Gate yang mengagumkan.

    Ikan yang baru ditangkap dari Pasifik atau dari sungai dan tasik di pergunungan, di mana terletaknya Taman Negara Yosemite dan Sequoia yang terkenal, turut dihidangkan.

    California diberkati denga hasil keluaran kelas pertama dan pelbagai pengaruh masakan.

    SEGAR DAN BERKHASIAT

    Di tempat Connaughton bertugas, dia telah menggabungkan segala-galanya yang telah menjadikan California sebagai destinasi popular untuk para pencinta makanan sihat dan berkhasiat. Dia juga mengambil langkah lebih jauh ke daerah lain, dengan menghidangkan buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan bunga yang ditanam di ladangnya sendiri, di mana ia dikendalikan oleh isterinya Katina, yang terletak kira-kira 6 kilometer dari restoran.

    Mereka hanya memetik buah apabila ia sudah matang. Kualti tingginya dinilai dari segi rasa dan tekstur untuk beberapa hari atau hanya beberapa jam, katanya.

    Seperti kebanyakan restoran terkemuka lain di California, restoran tempat Connaughton bertugas mempunyai rasa kasual walaupun masakan bertaraf tinggi yang disajikan di sana.

    Ini sepenuhnya selaras dengan gaya hidup orang California yang hidup mewah.

    Dan awda perlu mempunyai wang belanja yang cukup untuk makan dengan baik di California.

    Makan malam ringkas untuk dua orang di restoran kelas pertengahan akan menelan kos lebih daripada AS$100.

    Bagi kebanyakan pengembara antarabangsa, kos perjalanan ke sana, penginapan dan kereta yang disewa untuk bersiar-siar adalah terlalu mahal.

    SAJIAN MEXICO

    Antara San Francisco dan Los Angeles terletak bandar kecil El Paso de Robles. Di sini awda aka dapat melihat kuasa pengaruh masakan Mexico.

    Trak makanan dan restoran yang menyajikan makanan segera Mexico ada di mana-mana di jalanan dan pantai.

    Tawaran mereka adalah jauh lebih kompleks daripada nachos berlapis keju yang kebanyakan orang Amerika kaitkan dengan jiran selatan mereka.

    Taco, burito dan enchilada menjadi luar biasa, dibuat dengan isi daging dan ikan berkualiti tinggi serta ditambah dengan salsa berperisa.

    Sebuah restoran di Costa Mesa telah diberikan taraf bintang berkat masakan Mexiconya walaupun pada Julai 2023, pengusahanya mengumumkan penutupan restoran secara tiba-tiba.

    Namun terdapat berita yang menggembirakan untuk peminat makanan, di mana sebuah restoran di San Francisco, bertaraf dua bintang, masih menyajikan masakan Mexico.

    Makanan yang baik dan sihat adalah jauh lebih penting di California berbanding di tempat lain di AS, sebahagiannya disebabkan oleh penjagaan badan, populariti, sukan dan kepercayaan yang meluas terhadap kuasa diet seimbang. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...