Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Ikan kecil penyeri, hiasan akuarium

    Oleh Raz AS –

    Sebahagian besar penggemar hobi akuarium atau ikan hiasan lebih suka mengisikan akuarium mereka dengan ikan-ikan kecil.

    Antara faktor-faktor utama kenapa ikan-ikan kecil menjadi pilihan ramai berbanding spesies ikan yang lebih besar adalah disebabkan kebanyakan ikan-ikan kecil jauh lebih murah dan tahan lasak, ia juga tidak memerlukan penjagaan yang terlalu teliti.

    Ini menjadikannya sangat sesuai dipelihara oleh mereka yang baru berkecimpung dalam hobi tersebut; mereka yang tidak mempunyai bajet; atau kawasan untuk menempatkan akuarium bersaiz besar.

    Selain itu, ikan-ikan kecil apabila dipelihara dalam kawanan yang banyak mampu menghidupkan suasana akuarium tersebut, meriah dengan penuh warna-warni, menjadikannya sangat menarik untuk dipelihara meski dalam kalangan penggemar yang lebih berpengalaman.

    Antara spesies-spesies ikan kecil yang menjadi pilihan penggemar-penggemar hobi akuarium adalah seperti:

    Ikan gapi jantan mempunyai ekor lebar seakan kipas dihiasi dengan warna-warna yang menarik. – GAMBAR GARNELIO
    Neon tetra mempunyai warna biru merah yang terang dan menyerlah seakan-akan lampu neon. – GAMBAR OLEH FISHROOMUK

    1. GAPI

    Gapi dianggap sebagai salah satu spesies wajib dalam kalangan penggemar ikan hiasan terutama penggemar baharu.

    Ikan ini hanya membesar sehingga kira-kira 2 inci panjang dan mampu hidup antara dua hingga lima tahun.

    Ikan gapi jantan mempunyai ekor lebar seakan kipas dihiasi dengan warna-warna yang menarik. Ikan gapi boleh membiak dengan cepat dan senang dijaga, menjadikannya sangat sesuai dipelihara oleh mereka yang ingin belajar menjadi pembiak ikan hiasan.

    2. PLATY

    Platy, juga setaraf dengan gapi, ikan kecil popular ini juga merupakan spesies ikan yang melahirkan anak atau livebearing sama seperti gapi, mampu membesar antara 1.5 hingga 2 inci panjang. Ikan ini boleh hidup sehingga kira-kira lima tahun.

    Selain itu, ikan platy juga boleh membiak dengan cepat.

    3. NEON TETRA

    Neon tetra, dikenali dengan warna biru merah yang terang dan menyerlah seakan-akan lampu neon, ikan ini sesuai dipelihara dalam kawanan yang besar, menjadikan akuarium awda kelihatan sangat ceria dan meriah.

    Neon tetra membesar sehingga kira-kira 1.5 inci dengan jangka hayat yang boleh mencecah sehingga lima tahun.

    4. BETTA

    Betta, juga digelar sebagai ikan laga atau patingkang merupakan spesies ikan kecil yang mempunyai komuniti penggemarnya sendiri. Ikan agresif ini mempunyai sirip lebar yang berwarna-warni. Ia mampu membesar sehingga 3 inci panjang.

    Betta jantan perlu diasingkan daripada betta jantan lainnya. Sama ada awda menempatkannya di dalam akuarium bersama kawanan betta betina atau spesies ikan kecil yang bersifat damai dan pantas berenang, ikan ini akan menghiasi akuarium awda selama dua hingga tiga tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...