Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Curi kenderaan, penjara 4 tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Mahkamah Majistret pada hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada seorang lelaki tempatan atas kesalahan mencuri kenderaan dengan mempunyai senarai panjang kesalahan mencuri yang dilakukan sebelum ini serta khianat dan dadah sejak tahun 2007 hingga 2018.

    Mohd Yasmin Mohd Yussof, 36, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan mencuri kenderaan.

    Timbalan Pendakwa Raya, Rozaimah Abdul Rahman mendedahkan bahawa defendan mencuri sebuah van dari Simpang 5, Jalan Gadong antara 14 dan 15 Ogos.

    Defendan juga telah mencuri sebuah kereta dari sebuah pejabat di Kampung Menglait antara 31 Oktober dan 1 November.

    Dengan bantuan seorang lagi suspek, defendan berjaya mencuri kenderaan lain dari sebuah rumah flat di Kampung Berangan antara 25 dan 26 November lalu.

    Pemilik kenderaan-kenderaan tersebut membuat laporan polis apabila menyedari kenderaan mereka hilang dan membawa kepada penahanan defendan.

    Ketika menjatuhkan hukuman, Majistret Harnita Zelda Skinner berkata pencurian kenderaan adalah kesalahan serius yang memerlukan hukuman berat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...