Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Dembele kekal bersama Barcelona

    BARCELONA, 14 JULAI – Pemain sayap antarabangsa Perancis, Ousmane Dembele, yang kontraknya bersama Barcelona tamat pada bulan lalu, menamatkan spekulasi selama enam bulan dengan bersetuju untuk ‘menyertai semula’ pasukan Catalan itu, menurut pengumuman kelab itu kelmarin.

    “Untuk kekal di Barca akan sentiasa menjadi pilihan pertama saya,” kata Dembele semasa di padang latihan Barcelona ketika menandatangani lanjutan kontrak dua tahun sehingga Jun 2024.

    Penandatanganan itu sekali gus menamatkan sinetron selama enam bulan tentang persoalan keberadaan pemain berusia 25 tahun itu pada musim hadapan.

    Dembele menyertai Barcelona pada 2017 dari Borussia Dortmund, tetapi mengalami beberapa kecederaan hamstring yang serius.

    Walaupun dia hanya menjaringkan satu gol liga pada musim lalu, pasukan Catalan tetap berminat untuk mengekalkan pemain yang kelihatan cergas itu selepas pelantikan Xavi Hernandez sebagai jurulatih.

    Menurut laporan akhbar, Dembele telah bersetuju untuk menurunkan jangkaan gajinya bagi menyesuaikan diri dengan kelab yang kini kekal dalam masalah pergolakan ekonomi.

    Dengan ketibaan Franck Kessie, Andreas Christensen dan Raphinha, penyelesaian sambungan kontrak Dembele telah menandakan barisan pemain terbaik mereka yang keempat untuk musim panas ini.

    “Impian saya adalah untuk memenangi Liga Juara-Juara tahun ini,” kata Dembele. “Saya akan bekerja keras di atas padang dan berharap ia akan menjadi tahun yang hebat untuk saya dan Barca.” – AFP

    Ousmane Dembele (kanan) dan Presiden FC Barcelona, Joan Laporta bergambar semasa majlis penyambungan kontrak Dembele di padang latihan Joan Gamper kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...