Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Perbincangan isu eksport bijirin tunjuk kemajuan

    KYIV, 14 JULAI – Ukraine dan Rusia mencapai beberapa kemajuan dalam sesi perbincangan mengenai eksport bijirin yang berlangsung di Istanbul.

    Perbincangan turut melibatkan perwakilan Turkiye dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua, memetik Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky kelmarin.

    “Delegasi Ukraine memaklumkan kepada saya bahawa terdapat beberapa kemajuan. Kami bersetuju mengenai butiran dengan setiausaha agung PBB dalam tempoh beberapa hari akan datang,” kata Zelensky. 

    Ukraine sedang melaksanakan usaha untuk memulihkan bekalan makanan ke pasaran global.

    Perwakilan dari Ukraine, Rusia dan Turkiye mengadakan pertemuan dengan delegasi PBB di Istanbul untuk membenarkan eksport bijirin Ukraine dari pelabuhan Laut Hitam ke pasaran global. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...