Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Denda $300 buang sampah di tempat awam

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Seorang lelaki telah dikenakan kompaun $300 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) atas kesalahan melanggar Bab 12 (1), Akta Kesalahan-kesalahan Miscellaneous, Penggal 30, iaitu membuang sampah di tempat awam di kawasan Kampung Batu Marang.

    Lelaki itu diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda kompaun tersebut dan jika gagal membayarnya boleh didakwa ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, JASTRe mengingatkan kepada mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Rakaman CCTV memperlihatkan lelaki tersebut semasa melakukan kesalahan membuang sampah di tempat awam di kawasan Kampung Batu Marang.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...