Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Drax Project keluarkan single terbaharu, Atmosphere

    Sebuah kumpulan pemuzik antarabangsa, Drax Project dari New Zealand telah menarik perhatian dunia muzik.

    Bermula dengan menjadi pemuzik busker kini mereka menjadi pengisi arena muzik antarabangsa dengan genre RnB pop unik.

    Dalam meraikan single terbaharu mereka berjudul Atmosphere, band ini bersemangat untuk membawa muzik mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

    Atmosphere ditulis ketika mereka berada di Los Angeles pada tahun 2019. Ia mencerminkan mesej dari band itu untuk mengetahui kebolehan seseorang, bangkit dan menyedari potensi diri apabila kehidupan menjatuhkan semua orang, terutamanya semasa wabak yang melanda baru-baru ini.

    “Kami jelas tidak tahu apa yang dunia sediakan untuk semua orang saat kami menulis lagu ini. Setelah tiga tahun banyak impian orang yang semakin tenggelam, rasanya dunia yang optimis akan kembali. Akhirnya terasa waktu yang tepat untuk mengeluarkan lagu ini,” jelas kumpulan itu.

    Drax Project meraikan single terbaharu mereka berjudul Atmosphere untuk membawa muzik mereka ke peringkat yang lebih tinggi. – Agensi

    Album sulung mereka yang bertajuk nama kumpulan mereka sendiri itu mencapai kejayaan besar dengan lagu Catching Feelings dan Woke Up Late menerima penghargaan global, termasuk US RIAA Gold dan lebih 20 anugerah platinum di seluruh Australasia.

    Kerjasama mereka dengan kumpulan New York, Neo soul Phony Ppl untuk lagu Catching Feelings menjadi popular dalam radio RnB AS top 40 untuk tahun 2021/22.

    Kumpulan itu terus maju, menyempurnakan kraf muzik dan identiti artistik mereka, yang terbukti dalam album kedua mereka yang akan datang untuk dikeluarkan pada akhir tahun ini.

    Dengan mesej positif dan optimistik dalam muzik mereka, Drax Project turut teruja untuk dikeluarkan melalui gergasi global EMI Music Australia dan Avex dan bersedia untuk menjadikan tahun 2023 sebagai tahun untuk diingati. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...