Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Ekspo bantu peniaga promosi jualan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Dalam usaha membantu peniaga tempatan kembali mempromosi jualan mereka, Ekspo Pengguna dan HU Electronic telah bermula kelmarin sehingga akhir Januari di Gadong.

    Ekspo berkenaan dilaksanakan dengan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Antara syarikat yang menyertai ekspo berkenaan adalah HU Advertising, HU One Stop Shopping Centre, HU Electronic, HU Kids Clothing, Wee Yee Enterprise, Nexfit Active, Z&L Collection, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Cattiya Enterprise Sdn Bhd.

    Turut menyertai ialah Bluebird Sdn Bhd, Freezedom Company, Anna Azzahra Fashion Jewel, Suplex City, Beglamour dan Nobelson Technology.

    HU Advertising mempunyai laman web membeli-belah dalam talian sendiri di mana pedagang boleh menjual produk mereka dalam talian.

    Manakala itu, pelanggan yang mendaftar akaun di laman web HU semasa ekspo ini akan layak mendapat mata kesetiaan yang boleh digunakan untuk membeli lebih banyak barangan dari laman web termasuk penghantaran.

    Selain mempunyai kedai sendiri, HU Electronic turut menjual peralatan elektrik dan pakaian kanak-kanak HU.

    Semasa ekspo berkenaan, HU menjual barangan dari tiga jenama seperti Tommy Hilfiger, Nike dan Puma manakala pada masa akan datang mereka akan cuba membawa lebih banyak pilihan barangan dari United Kingdom dan Amerika Syarikat.

    Di samping itu, HU turut mempromosi pertandingan kesihatan dan kecergasan sementara menanti kelulusan selain itu World Kidney Day Virtual Run dengan Kementerian Kesihatan yang akan dibuka pendaftarannya pada Februari depan.

    Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam ekspo yang berlangsung sehingga akhir Januari di Gadong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...