Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Eropah dibadai ribut kuat

    WARSAW, 17 FEB – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh ketika ribut kuat melanda tengah Eropah hari ini, dengan kelajuan angin sehingga 181 kilometer sejam mengakibatkan gangguan lalu lintas secara meluas.

    Di Poland, angin dengan kelajuan 125 kilometer merosakkan lebih 500 buah rumah, menumbang ratusan pokok dan mengakibatkan 324,000 buah keluarga di seluruh negara tanpa bekalan elektrik semalaman.

    Polis berkata dua orang terkorban dan dua lagi cedera selepas ribut menumbangkan sebuah kren besar di sebuah tapak pembinaan di Krakow.

    Seorang lagi terkorban oleh pokok yang menghempap keretanya di kawasan barat negara.
    Republik Czech juga terjejas, dengan lebih 300,000 keluarga terputus bekalan elektrik dan gangguan lalu lintas meluas ketika pokok yang tumbang menyekat jalan raya dan landasan kereta api.

    Angin paling kencang dengan kelajuan 181 kilometer sejam dicatat di Snezka, gunung tertinggi Czech, di kawasan utara.

    Sementara itu, perkhidmatan meteorologi Britain juga mengeluarkan amaran ‘cuaca merah’ untuk hari ini dan esok, mengingatkan ‘ancaman kepada nyawa’ akibat angin kencang di barat daya England dan selatan Wales serta kemungkinan banjir di pantai Ireland.

    Di Jerman, sekolah ditutup dan kereta api perjalanan jauh dibatalkan di seluruh utara Jerman, termasuk di Hamburg, Berlin dan Bremen, sehingga tengah hari ini, kata operator kereta api Deutsche Bahn.

    Syarikat penerbangan Lufthansa membatalkan 20 penerbangan ke Hamburg, Berlin dan Munich, yang berlepas dari Frankfurt, lapangan terbang terbesar negara. – AFP

    Sebuah kereta dihempap bumbung yang diterbangkan angin kencang di sebatang jalan di Gelsenkirchen, Jerman kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...