Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Gejala jangkitan kebanyakan sederhana

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Seperti yang dialami oleh beberapa buah negara jiran berdekatan terhadap peningkatan jangkitan pada masa ini yang mana kebanyakannya adalah sederhana dan tidak membebankan sistem kesihatan mereka, Negara Brunei Darussalam turut mengalami gelombang yang sama pada masa ini dan peningkatan itu dapat dilihat dari hari ke hari.

    Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab pertanyaan media mengenai peningkatan jumlah kes, adakah negara juga menjangkakan gelombang baharu atau negara sudah berada dalam gelombang tersebut.

    Semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, Yang Berhormat Dato seterusnya menambah, apa yang lebih penting adalah melihat kepada angka dalam kategori 4 dan 5 dan ini akan menentukan sama ada sistem kesihatan kita terjejas atau strained untuk menangani gejala-gejala COVID ini.

    Berhubung pertanyaan media mengenai sub varian baharu Omicron di negara ini, Yang Berhormat Dato menjelaskan, apabila seseorang itu pernah dijangkiti COVID-19, mereka boleh dijangkiti semula dan pada masa ini kes yang dilaporkan ada juga didapati mereka yang pernah dijangkiti sebelum ini.

    “Ini mungkin disebabkan varian dulu berbeza dengan varian ini dan apa yang penting untuk mendapatkan vaksinasi, kerana ia akan mengurangkan gejala di mana beberapa buah negara dan daripada beberapa kajian menunjukkan imuniti akan menurun.

    “Bagi mereka yang belum mendapatkan suntikkan penggalak, mereka disarankan untuk mendapatkannya, terutamanya bagi mereka yang mengalami penyakit berjangkit,” Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Menurutnya lagi, jumlah pesakit di kategori 4 dan 5 akan menentukan sama ada sistem kesihatan terjejas untuk menangani gejala-gejala COVID ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...