Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Gempa bumi dasar laut cetus panik

    JAKARTA, 29 OGOS – Satu gempa bumi cetek dasar laut menggegarkan barat Indonesia hari ini, mengakibatkan penduduk panik, namun tiada laporan segera kerosakan teruk atau kematian.

    Gempa bumi mencetuskan panik di Siberut, sebuah bandar pesisir pantai di pulau Mentawai, di mana orang ramai berlari ke kawasan lebih tinggi, menurut The Associated Press. Namun tiada kerosakan besar dilaporkan di Mentawai, pulau paling hampir ke pusat gempa.

    Gempa 6.4 magnitud itu tidak membawa bahaya tsunami, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia. Gempa bumi 5.9 dan 5.2 yang lebih kecil turut menggegarkan bandar itu awal hari ini.

    Jabatan Geologi AS mengukur gempa bumi pada 5.9 magnitud dan berpusat kira-kira 170km ke barat-barat daya Pariaman, sebuah bandar pesisir pantai di wilayah Sumatera Barat pada kedalaman 18km.

    Variasi dalam ukuran adalah perkara lazim.

    Indonesia merupakan sebuah negara gugusan kepulauan aktif seismik yang sering kali dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi dan tsunami. – AP

    Pelajar menunggu di luar sekolah ketika kelas mereka dibenarkan pulang awal susulan gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, 29 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...