Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bank pusat ASEAN dijangka ketat dasar monetari

    KUALA LUMPUR, 29 OGOS – Bank-bank pusat ASEAN dijangka mengetatkan dasar monetari masing-masing dalam tempoh 12 bulan akan datang apabila tekanan inflasi meningkat, kata Moody’s Investors Service (Moody’s) hari ini.

    Tekanan semakin meningkat ke atas bank pusat ASEAN untuk mengekang kenaikan harga kerana mata wang tempatan yang lemah menyebabkan tekanan inflasi terhadap harga import dan menjejaskan lagi aliran keluar modal, katanya dalam satu kenyataan hari ini. “Kekangan bekalan yang berlanjutan juga meningkatkan tekanan inflasi. Bank-bank pusat ASEAN menaikkan kadar faedah pada separuh kedua 2022,” katanya.

    Moody’s hari ini mengeluarkan laporan terperinci sektor yang memfokuskan kepada enam negara anggota ASEAN iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Menurut laporan itu, inflasi yang terkawal di negara anggota ASEAN telah membolehkan bank pusat di rantau itu mengutamakan pemulihan ekonomi daripada pengetatan monetari. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...