Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Gempa bumi Iran ragut 3 nyawa

TEHRAN, 30 JAN – Tiga orang terbunuh manakala lebih 800 lagi mangsa cedera selepas gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter melanda barat laut Iran.

Kira-kira 60 mangsa yang mengalami kecederaan serius telah menerima rawatan di hospital berdekatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil, menurut syarikat penyiaran IRIB memetik pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Pusat gempa terletak di bandar Choi di Wilayah Azerbaijan Barat, lapor media Iran pada malam Sabtu.

Gegaran itu turut menyebabkan kerosakan pada bangunan kediaman di bandar Choi dan di beberapa kawasan di wilayah dekat dengan sempadan Turki. – Bernama

Rakyat Iran berkumpul di sekeliling api untuk kekal hangat selepas gempa bumi melanda bandar Khoy di wilayah Azerbaijan Barat. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -