Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Gempa bumi kuat gegarkan Mexico

    BANDARAYA MEXICO, 20 SEPT – Gempa bumi berukuran 7.7 skala Richter menggegarkan barat dan tengah Mexico pada Isnin, menyebabkan seorang terbunuh akibat ditimpa tembok di sebuah pusat beli-belah di Manzanillo, Colima, kata Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador.

    Gempa bumi itu berlaku pada 1:05 tengah hari waktu tempatan dan kawasan Colima dan Michoacan paling terjejas teruk manakala beberapa bahagian di Bandaraya Mexico turut merasai gegaran.

    Menurut Suruhanjaya Persekutuan Elektrik (CFE), 1.2 juta orang terputus bekalan elektrik di Bandaraya Mexico, Michoacan, Colima dan Jalisco. 

    Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan (SSN) pada awalnya melaporkan bacaan gempa bumi 7.4 skala Richter, tetapi mengemas kini bacaan kepada 7.7 skala Richter, dua jam kemudian.

    Menurut SSN, pusat gempa terletak 63 kilometer (km) di selatan Coalcoman, di Michoacan dengan kedalaman 15km. Menjelang 3:20 petang waktu tempatan, perkhidmatan seismologi mencatatkan 168 gegaran susulan dengan magnitud tertinggi 5.3 skala Richter.

    Gempa bumi berlaku sejurus selepas latihan gempa bumi tahunan di seluruh negara diadakan sempena memperingati gempa bumi dahsyat pada 1985 yang meragut beribu-ribu nyawa dan meruntuhkan bangunan di seluruh pusat bandaraya Mexico. – Bernama

    Seorang anggota bomba melihat pada kerosakan di sebah bangunan selepas gempa bumi di Bandar Mexico pada 19 September. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...