Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Hutan Amazon kehilangan 18 pokok setiap saat

    RIO DE JANEIRO, 19 JULAI – Hutan Amazon di Brazil kehilangan lebih kurang 18 pokok setiap saat pada tahun lalu ketika pembasmian pokok-pokok di negara itu meningkat lebih 20 peratus, menurut laporan dari maklumat satelit yang dikeluarkan kelmarin.

    Laporan Mapbiomas berkata negara telah kehilangan sekitar 16,557 kilometer persegi tumbuh-tumbuhan semula jadi pada 2021 – kawasan yang lebih besar dari Ireland Utara.

    Pada 2020, kerosakan hutan berlaku seluas 13,789 kilometer persegi.

    Hampir 60 peratus kawasan perhutanan yang dibasmi pada 2021 adalah di Amazon, hutan hujan terbesar dunia, kata laporan itu.

    “Di Amazon sahaja, seluas 111.6 hektar setiap jam atau 1.9 hektar setiap minit telah dibasmi, yang bersamaan dengan sekitar 18 pokok setiap saat,” menurut Mapbiomas, rangkaian organisasi bukan kerajaan (NGO), universiti-universiti dan syarikat teknologi.

    Penebangan pokok untuk bertanam adalah punca utama, hampir 97 peratus, katanya, manakala perlombongan haram juga menjadi faktor utama.

    Dalam tiga tahun kebelakangan ini, bertepatan dengan pelantikan jawatan Presiden Jair Bolsonaro, pokok-pokok yang ditebang di Brazil adalah sekitar 42,000 kilometer persegi – ‘Hampir seluruh kawasan di Rio de Janeiro,’ menurut laporan tersebut.

    Maklumat dari Institusi Penyelidikan Angkasa lepas Kebangsaan (INPE) menunjukkan antara Januari hingga Jun tahun ini, hutan Amazon di Brazil berdepan dengan pembasmian hutan seluas 3,988 kilometer persegi. – AFP

    Imej dari udara menunjukkan kawasan pembasmian hutan yang berlaku di hutan hujan Amazon, Brazil, 6 Jun 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...