Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Gebreslase juara marathon wanita dunia

    EUGENE, AMERIKA SYARIKAT, 19 JULAI – Gotytom Gebreslase dari Ethiopia berjaya menjarakkan jurang di peringkat terakhir untuk meraih pingat emas dalam acara maraton wanita di Kejohanan Olahraga Dunia di Eugene, Oregon, kelmarin.

    Gebreslase, yang pernah memenangi Marathon Berlin 2021 pada penampilan sulungnya dan menduduki tempat ketiga dalam Marathon Tokyo pada tahun ini, memecut ke garisan penamat dengan baki 2km sekali gus mencatatkan rekod kejohanan 2:18.11 saat.

    Sementara itu, Judith Jeptum Korir dari Kenya meraih pingat perak dengan catatan peribadi terbaik 2:18.20 saat.

    Manakala pingat gangsa disandang oleh atlet kelahiran Kenya, Lonah Chemtai Salpeter dengan catatan masa 2:20.18 saat.

    Gebreslase juga memberitahu bahawa Korir telah meminta untuk memberikannya peluang selepas Genreslase mendahului sebahagian besar tempoh larian dalam perlumbaan tersebut.

    Reaksi Gotytom Gebreslase semasa memenangi Marathon Wanita pada hari keempat Kejohanan Olahraga Dunia Oregon22 di Hayward Field kelmarin. – AFP

    Ia merupakan gelaran maraton kedua bagi pelari Ethiopia di Eugene selepas Tamirat Tola memenangi maraton lelaki pada Ahad lalu.

    “Kemenangan Tola banyak memotivasikan saya pada hari ini,” kata Gebreslase. “Saya tidak tahu bahawa saya merupakan wanita Ethiopia pertama yang memenangi gelaran dunia sejak 2015.

    “Saya bercadang untuk membuat persiapan yang lebih baik dan mempertahankan gelaran saya di Budapest pada kejohanan dunia pada tahun hadapan,” tambahnya.

    Korir turut mengakui bahawa ‘tidak mudah untuk berlari bersama peserta dari Ethiopia yang pantas’.

    “Ia agak mengganggu saya kerana rentak larian Gebreslase terlalu pantas untuk saya atasi,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...