Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Atletico berdepan Bilbao, berpeluang kekalkan jurang

    BARCELONA, 26 APRIL – Atletico Madrid berpeluang mengekalkan jurang dengan Athletic Bilbao dalam saingan untuk layak ke Liga Juara-Juara apabila kedua-dua pasukan bertemu esok dalam La Liga.

    Atletico Madrid yang diketuai oleh Diego Simeone berada di tempat keempat, mempunyai kelebihan tiga mata ke atas pemenang Copa del Rey, Athletic, tangga kelima.

    Ia akan menjadi pertembungan penuh intensiti di ibu negara Sepanyol, di mana Atletico masih berasa kecewa setelah tersingkir dalam suku akhir Liga Juara-Juara minggu lalu oleh Borussia Dortmund.

    Mereka mengalami kekalahan memalukan 2-0 di Alaves hujung minggu lalu, meningkatkan tekanan menjelang kunjungan Los Leones ke stadium Metropolitano.

    Pasukan Ernesto Valverde tiba dengan yakin bahawa kemenangan akan memberikan mereka peluang besar untuk kembali ke saingan utama Eropah buat kali pertama sejak 2014.

    Reaksi Ernesto Valverde semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di stadium San Mames di Bilbao pada 1 April. – AFP

    Musim ini, Athletic telah mengatasi pasukan Simeone sebanyak tiga kali semasa pertemuan, menjaringkan enam gol dan tidak dibolosi.

    Athletic mengatasi Atletico pada Disember dalam La Liga, menang 2-0 di San Mames.

    “Awda tidak boleh memenangi kejuaraan seperti ini, awda tidak boleh memenangi liga. Bilbao jauh lebih baik daripada kami,” kata penjaga gol Atletico, Jan Oblak, yang juga mengkritik pasukannya selepas kekalahan menentang Alaves baru-baru ini.

    “Kami telah memasuki dinamik yang teruk.

    “Jika kami tidak memperbaiki keadaan, penghujung musim akan menjadi sangat sukar,” tambahnya.

    Pasukan-pasukan itu bertemu semula pada separuh akhir Copa del Rey, dengan Atletico mendominasi permainan tetapi tewas 1-0, kekalahan pertama mereka di tempat sendiri dalam tempoh lebih setahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Wanita mengaku tidak bersalah susulan 3 individu mati keracunan cendawan

    MELBOURNE, 7 MEI - Seorang wanita Australia yang dituduh membunuh mertuanya dengan daging lembu Wellington bercampur cendawan beracun, mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh,...