Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Irving kembali berlatih bersama Nets

    NEW YORK, 30 DIS – Kyrie Irving berkata semalam dia bersyukur kerana dapat kembali berlatih dengan pasukan Brooklyn Nets dan tidak sabar-sabar untuk kembali ke NBA meskipun memutuskan tidak akan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

    “Saya terlepas suntikan tersebut,” akui Irving ketika dia bercakap kepada wartawan untuk kali pertama sejak kem latihan awal musim.

    Pengawal All-Star itu masih belum beraksi musim ini, namun Nets pada bulan ini memilih untuk mengalu-alukan kepulangannya, walaupun status vaksinasinya bermakna dia tidak dapat bermain dalam perlawanan di laman sendiri di Pusat Barclays disebabkan mandat vaksin Bandar New York.

    Skuad Nets berkata pada Oktober mereka tidak akan membenarkan Irving kembali sehingga dia menjadi pemain sepenuh masa, tetapi selepas beberapa kes COVId-19 dan kecederaan pemain, pasukan memutuskan memasukkan Irving dalam perlawanan luar akan mendatangkan faedah.

    Irving, yang berusaha mengekalkan tahap kecergasannya dengan latihan solo, mengakui dia rasa gementar ketika kembali semula di gelanggang bersama rakan NBA.

    Namun apabila dia melakukannya, dia berkata suasana berasa selesa seperti di tempat sendiri.

    “Inilah tempat saya, inilah tempat di mana saya bekerja sepanjang hayat saya, maka ia bagaikan menunggang basikal, atau pergi ke sekolah pada hari pertama, saat kembali dan saya amat merindui suasana ini,” kata Irving.

    Dia berminat melihat apa yang dia serta rakan bintang Kevin Durant dan James Harden dapat sumbang ketika Nets berusaha membina mata pendahuluan mereka dalam perlawanan Eastern Conference dan akhirnya, mencabar untuk meraih tempat dalam kejohanan. Jurulatih Nets Steve Nash berkata Irving ‘nampak sihat’ bagi pemain yang belum bermain sepanjang musim. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pemain Brooklyn Nets Kyrie Irving membawa bola semasa perlawanan NBA menentang Cleveland Cavaliers di New York. Irving kembali berlatih bersama pasukan Nets untuk perlawanan NBA akan datang. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...