Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    JLo, Ben Affleck batal majlis resepsi perkahwinan

    Majlis resepsi perkahwinan pasangan selebriti Ben Affleck dan Jennifer Lopez terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

    Keputusan itu diambil selepas ibu Affleck, Chris Anne Boldt dimasukkan ke Hospital Savannah, Georgia, Amerika Syarikat.

    Boldt terpaksa menerima beberapa jahitan akibat kecederaan pada kaki.

    Menurut sumber, keadaan Boldt dilaporkan stabil dan tidak terlalu membimbangkan.

    “Jangan bimbang kerana kecederaan itu tidak serius tetapi Affleck dan Lopez memilih untuk ada bersamanya,” kata sumber.

    Pasangan itu berkahwin dalam satu majlis sederhana di sebuah gereja di Las Vegas pada Julai lalu. – Agensi

    Ben Affleck dan Jennifer Lopez terpaksa batal majlis resepsi perkahwinan pada saat-saat akhir kerana ibu Affleck dimasukkan ke hospital. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...