Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Jualan runcit China cecah RM8.18 trilion

    BEIJING, 28 JAN – Keseluruhan jualan runcit dalam talian China pada 2021 mencecah RM 8.18 trilion, kata Kementerian Perdagangan China (MOC) kelmarin.

    Sementara itu, jualan runcit dalam talian di China melibatkan kategori barangan fizikal menyumbang melebihi RM 6.25 trilion, iaitu sebanyak RM6.75 trilion pada tahun yang sama, menurut jurucakap kementerian itu, Gao Feng dalam satu sesi taklimat media.

    Jumlah jualan runcit dalam talian bagi kategori barangan fizikal mewakili 24.5 peratus daripada keseluruhan jualan runcit barangan pengguna dan menyumbang 23.6 peratus kepada peningkatan jualan runcit di negara ini, katanya.

    Pasaran jualan runcit dalam talian juga berkembang maju dan menjadi elemen penting dalam menstabilkan pertumbuhan ekonomi, menjamin pekerjaan serta mendorong penggunaannya.
    Menurut data kementerian tersebut, pasaran jualan runcit dalam talian di China pada 202i dibahagikan kepada empat elemen utama.

    “Pertama, trend naiktaraf kehidupan amat ketara. Barangan berkualiti yang sihat, mesra alam dan berkualiti tinggi dilihat mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pengguna.

    “Kedua, inovasi e-dagang dalam industri perkhidmatan mempunyai momentum pembangunan yang kukuh.

    “Ketiga, e-dagang di desa amat berkesan mendorong pembangunan di luar bandar dan keempat, e-dagang merentasi sempadan berkembang dengan mantap dan pesat,” kata Gao. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...