Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Junta disyaki putus sambungan internet di Guinea

    DAKAR, 8 JUN – Kemungkinan sabotaj internet yang terjadi di negeri Guinea di Afrika Barat telah membangkitkan kecurigaan dalam kalangan penduduk di negara tersebut bahawa junta telah memutuskan sambungan internet untuk merosakkan gerakan protes.

    Sepanjang beberapa hari bulan lalu, masalah dalam talian menghapuskan akses kepada WhatsApp, Facebook, Instagram dan TikTok yang merupakan platform paling popular dalam kalangan warga Guinea, di mana lebih separuh daripadanya berumur di bawah 20 tahun, sementara banyak laman web tidak dapat diakses atau berfungsi dengan kelajuan yang sangat perlahan.

    “Komunikasi adalah mustahil,” kata Nouhou Balde, pengasas laman berita dalam talian, Guinee Matin.

    “Dari 8 Mei, pembaca kami mula mengadu mereka tidak dapat membaca kandungan kami.

    Majoriti besar berada di Guinea iaitu lebih daripada 60 peratus, jadi kami telah kehilangan banyak pembaca dan rakan kongsi,” tambahnya.

    Sambungan internet sejak itu kebanyakannya telah dipulihkan, tetapi tuduhan mengenai penapisan siber semakin tersebar, sesuatu yang dinafikan oleh tentera pemerintah.

    Persatuan penulis blog yang berpengaruh, Ablogui, mengecam pihak berkuasa kerana menggunakan ‘kaedah retrograde’ yang dikaitkan dengan protes terhadap ketua junta, Kolonel Mamady Doumbouya. Beberapa orang maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka tambah 49 zon pelancongan

    COLOMBO, 30 APRIL - Kerajaan Sri Lanka merancang untuk menambah 49 lokasi tambahan sebagai zon pelancongan rasmi, kata Menteri Pelancongan, Diana Gamage di sini...