Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Kebocoran gas ancam hidupan laut, iklim

    WASHINGTON, 30 SEPT – Gas metana yang terlepas daripada saluran paip Nord Stream yang menghubungkan Rusia dan Eropah mungkin mengakibatkan kebocoran gas terbesar dalam jangka masa pendek dan menekankan masalah serius pelepasan metana, kata saintis.

    “Berdasarkan apa yang saya lihat adalah pelepasan fosil metana ke atmosfera dalam jangka masa pendek daripada sumber pekat,” kata Presiden Akademi Sains AS Marcia McNutt.

    Masih tidak pasti kerosakan yang dialami, namun penyelidik berkata pelepasan gas rumah hijau ini pasti memberikan kesan serius ke atas iklim, hidupan laut dan ikan di Laut Baltik dan ke atas kesihatan manusia kerana benzena dan bahan kimia lain biasanya hadir dalam gas asli, kata penyelidik.

    “Ia mungkin kebocoran gas terbesar pernah dicatat, dari segi kadarnya,” kata saintis iklim Universiti Stanford, Rob Jackson.

    Halaju gas yang dikesan dalam kebocoran empat saluran paip itu mencetuskan impak yang amat teruk.

    Apabila metana bocor dari lubang di dasar lautan, kuantiti yang terlepas biasanya kecil dan gas kebanyakannya diserap air laut. “Namun ia bukan situasi biasa untuk pelepasan gas ini,” kata Jackson. “Kami bukan bercakap mengenai gas menggelembung di permukaan seperti air seltzer, tetapi kepulan gas yang meluru keluar pada kelajuan tinggi,” kata beliau.

    Jackson dan saintis lain menganggarkan antara 50 dan hampir 100 peratus metana yang keluar dari saluran paip akan sampai ke atmosfera. – AP

    Gambar serahan Pengawal Pantai Sweden menunjukkan pelepasan gas dari Nord Stream 2. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...