Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kelas masakan Korea rai 40 tahun hubungan diplomatik

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Kedutaan Republik Korea (ROK) di Brunei Darussalam hari ini mengadakan program kelas memasak pertama bagi tahun ini, sempena memperingati ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara ROK dan Brunei.

    Lebih kurang 30 orang menyertai demo berkenaan untuk mengembangkan pemahaman mereka tentang budaya Korea melalui masakan.

    Ia juga diadakan untuk menekankan dedikasi kedutaan untuk memupuk pertukaran budaya melalui bahasa universal makanan.

    Duta Besar Istimewa dan Mutlak ROK ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Kim Soungeun dalam ucapannya menjelaskan bahawa kelas memasak itu direka untuk sekadar mempelajari masakan Korea baharu.

    Menurutnya, ia merupakan peluang untuk semua memahami budaya di sebalik hidangan lazat Korea dan mengukuhkan ikatan antara ROK dan Brunei melalui pengalaman budaya yang dikongsi.

    Cef Lee semasa mengetuai kelas tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH : Antara hidangan yang dimasak pada kelas tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Tuan Yang Terutama juga menekankan tarikan global dan keistimewaan masakan Korea, “Masakan

    Korea telah mencapai globalisasi dengan rasa dan keanggunannya yang unik, dan ia juga sangat digemari di Brunei Darussalam”.

    Kedutaan ROK komited untuk menganjurkan lebih banyak acara sedemikian sepanjang tahun untuk terus mempromosikan budaya Korea dan mengukuhkan hubungan mesra antara kedua-dua buah negara.

    Cef Lee, pakar dengan pengalaman luas dalam gastronomi Korea, mengetuai kelas tersebut. Kepakaran beliau dalam masakan tradisional Korea menyediakan peserta dengan mendalami teknik dan cerita budaya di sebalik resipi, meningkatkan pemahaman dan mengetengahkan dua jenis makanan Korea kepada para peserta.

    Dua menu diketengahkan dalam acara berkenaan yang merupakan makanan tradisi Korea.

    Cef Lee turut menerangkan mengenai jenis-jenis makanan yang terkenal di Korea.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...