Wednesday, May 8, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa

    BEIJING, 26 APRIL – Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5:04, hari ini.

    Kedatangan tiga angkasawan berkenaan turut disambut kru Shenzhou-17 yang sedang bertugas di stesen angkasa itu. Dua kru itu akan melakukan pertukaran syif dan bertugas bersama selama kira-kira lima hari untuk menyelesaikan pelbagai kerja yang ditetapkan.

    Semasa bertugas di stesen angkasa lepas, kru Shenzhou-18 dijadualkan melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA) sebanyak beberapa kali dan menjalankan uji kaji serta pengaplikasian melibatkan fizik asas mikrograviti, sains bahan angkasa, sains hayat angkasa, perubatan angkasa dan teknologi angkasa.

    Kapal angkasa Shenzhou-18 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada 8:59 malam kelmarin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...