Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    KEMUDA sambut kedatangan pelajar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Institut KEMUDA baru-baru ini telah mengadakan hari suai kenal sempena mengalu-alukan pelajar baharu pengambilan April 2023 di kampusnya di Beribi.

    Dalam orientasi sehari itu, pelajar baharu diperkenalkan dengan prosedur dan kemudahan institut serta memberi peluang kepada mereka untuk bertemu dengan pentadbir kampus, kakitangan dan pelajar senior KEMUDA.

    Program bermula pada sebelah pagi dengan ketibaan pelajar baharu dan pendaftaran kehadiran disusuli dengan bacaan doa pembukaan oleh Naib Presiden Majlis Pelajar Institut KEMUDA, Awang Mohammad Haziq Afiq bin Haji Mohammad dan seterusnya nyanyian lagu kebangsaan.

    Pengetua Institut KEMUDA, Awang Mohammed Khairy Yusrin bin Haji Abdul Salam dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan mengenai penyediaan pelajar dalam perjalanan pengajian mereka di samping tentang KEMUDA dan matlamatnya.

    Taklimat semasa hari orientasi itu turut menyentuh peraturan institut berkenaan bagi memastikan pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu mereka.

    Seterusnya, para pelajar juga diperkenalkan kepada jawatankuasa-jawatankuasa Majlis Pelajar yang disampaikan oleh Presiden Institut KEMUDA, Dayang Nur Fathen Izzati Habibullah binti Mohamad Zulshofiyan.

    Sepanjang hari tersebut, beberapa permainan dan aktiviti yang menyeronokkan turut dianjurkan semasa sesi suai kenal.

    Ini akan membolehkan pelajar mengenali antara satu sama lain dan membuatkan mereka berasa selesa terutama sekali pada ketika mereka memasuki kolej baharu.

    Di samping itu, mereka juga diberikan taklimat mengenai kursus selain membuat lawatan sebelum diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati kepada pelajar.

    Sesi bergambar ramai semasa acara tersebut. – Gambar serahan Institut KEMUDA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...