Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC – Jurulatih

    GEORGE TOWN, 19 APRIL – Kepulangan pemain tengah baharu Penang FC, Syamer Kutty Abba yang mempunyai pengalaman luas dalam pengembangan karier mampu memberikan kekuatan tambahan kepada skuad Harimau Kumbang mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

    Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata pengalaman Syamer bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Malaysia merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.

    “Apabila saya bertanyakan kepada Syamer mengenai kepulangannya ke Pulau Pinang dan dia bagi satu respons yang positif, jadi saya rasa ini satu (peluang) yang terbaik untuk pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama

    Akmal Rizal berkata kelebihan anak jati Pulau Pinang itu sebagai pemain tengah bertahan dalam pasukan yang mampu menguatkan lagi posisi tersebut sekali gus Harimau Kumbang berpeluang untuk menguasai perlawanan. 

    “Syamer selaku pemain tengah bertahan, jadi saya memang memerlukan pemain di posisi itu, saya sudah ada beberapa pemain yang boleh bermain posisi yang sama tapi dengan adanya Syamer, saya mempunyai pilihan.

    Beliau berkata Syamer turut menunjukkan reaksi positif sepanjang latihan seminggu lepas dan berusaha secepat mungkin untuk menyesuaikan diri dengan taktikal bersama rakan sepasukan yang lain.

    “Keberadaan Syamer dapat membangkitkan semula semangat pasukan untuk berada di kedudukan yang lebih baik dalam memulakan kempen Liga Super bagi musim 2024/2025,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba punca ratusan ribu ikan mati

    DONG NAI, 2 MEI - Beratus ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan oleh gelombang panas dan pengurusan...