Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Ketua ECB diuji positif COVID

    FRANKFURT, 7 APRIL – Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde berkata beliau diuji positif COVID hari ini, seminggu sebelum dijadualkan untuk mempengerusikan mesyuarat dasar ketika zon euro bergelut inflasi tinggi.

    “Pagi ini saya diuji positif COVID. Saya sudah bervaksinasi dan menerima dos penggalak dan simptom saya hanya ringan, syukur,” kata Lagarde, 66, dalam Twitter.

    “Saya bekerja dari rumah di Frankfurt sehingga saya sepenuhnya sembuh. Tidak ada impak berlaku ke atas operasi ECB,” katanya.

    Majlis pentadbiran ECB akan bertemu minggu depan untuk memaklumkan respons mereka kepada inflasi tinggi dan pandangan ekonomi semakin memburuk ekoran perang di Ukraine.

    Sidang media yang dipantau rapat hari ini yang menyusuli mesyuarat, di mana Lagarde menjelaskan pandangan ECB, telah diadakan secara online sejak permulaan pandemik.

    Lagarde, bekas menteri kewangan Perancis dan mantan ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), menyertai ECB pada lewat 2019. – AFP

    Gambar fail bertarikh 28 Oktober 2021 menunjukkan Presiden ECB, Christine Lagarde. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran kenakan sekatan ke atas AS, UK kerana sokong Israel

    TEHRAN, 2 MEI - Iran mengumumkan sekatan ke atas beberapa individu dan entiti Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana menyokong Israel dalam perangnya menentang...