Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Vietnam hantar 965 atlet

    HANOI, 7 APRIL – Selaku tuan rumah Sukan SEA ke-31, Vietnam bakal menghantar 965 atlet ke temasya yang akan berlangsung pada Mei nanti. 

    Sebanyak 40 acara sukan akan dipertandingkan pada temasya tersebut, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Vietnam menyasarkan memenangi sebanyak 140 pingat emas, 77 perak dan 71 gangsa selain akan memastikan untuk berada di tempat teratas dalam senarai pungutan pingat. 

    Sukan SEA 31, bertemakan ‘For a Stronger South East Asia’, akan diadakan di bandar raya Hanoi dan 11 wilayah yang akan bermula pada 12 hingga 23 Mei. Temasya kali ini dijangka menarik kira-kira 10,000 peserta. 

    Acara dwitahunan berkenaan pada mulanya dijadualkan berlangsung pada akhir 2021 tetapi ditangguhkan akibat pandemik koronavirus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...