Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Perancis, Filipina bincang ‘perjanjian tentera pelawat’

    MANILA, 26 APRIL – Perancis dan Filipina akan memulakan perbincangan bulan depan mengenai pakatan pertahanan yang membolehkan tentera dari setiap negara menga-dakan latihan di wilayah negara lain, kata duta Perancis pada kelmarin.

    Pegawai-pegawai Perancis dan Filipina akan bertemu di Paris bulan depan untuk rundingan mengenai perjanjian tentera pelawat, kata Duta Besar Perancis ke Filipina, Marie Fontanel.

    Beliau berkata, ketua pertahanan kedua-dua negara bersetuju di Manila pada Disember lalu untuk meneruskan perjanjian itu.

    Filipina pada masa ini mempunyai perjanjian status-of-forces (SOFA) dengan Amerika Syarikat (AS) dan Australia.

    SOFA menyediakan rangka kerja undang-undang untuk kemasukan kuasa asing ke dalam sesebuah negara.

    Perancis telah meningkatkan hubungan keselamatannya dengan Filipina. Sebuah kapal tentera laut Perancis menyertai kapal tentera laut AS dan Filipina di dalam dan berhampiran Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada latihan kesediaan tempur berskala besar oleh sekutu perjanjian lama Manila dan Washington yang bermula Isnin lalu.

    China telah mengkritik sekeras-kerasnya latihan itu, mengatakan Filipina bergabung dengan negara-negara dari luar Asia, dan memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan konfrontasi dan menjejaskan kestabilan serantau. Tentera Filipina telah menolak kritikan China dengan berkata, latihan itu bertujuan untuk meningkatkan pertahanan wilayah Manila dan tidak ditujukan kepada mana-mana negara tertentu. – AP

    Acara perasmian ‘Balikatan’ atau latihan ketenteraan bersama di ibu pejabat tentera Camp Aguinaldo di Quezon City, Filipina pada 22 April. Perancis dan Filipina berbincang untuk perjanjian latihan ketenteraan pada bulan hadapan.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...