Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lasagne resipi kejayaan Haaland

    LONDON, 7 OKT – Dibantu dengan prestasi luar biasa Erling Haaland, Manchester City akan menyasarkan satu lagi aksi pesta jaringan apabila berdepan Southampton pada Sabtu.

    Bersemangat memburu jaringan dikatakan resipi utama buat penyerang City itu untuk mencapai kejayaan.

    Haaland berada dalam prestasi yang begitu prolifik sehingga dia hanya diperlukan pada separuh masa pertama ketika City mencatat kemenangan 5-0 ke atas FC Copenhagen dalam saingan Liga Juara-Juara semalam, menerusi dua jaringan.

    Pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan 19 gol dalam 11 perlawanan kompetitif dalam aksi musim pertama yang luar biasa bersama City selepas perpindahan bernilai 51 juta pound dari Borussia Dortmund.

    Bintang antarabangsa Norway itu berkata bahawa lasagne masakan bapanya, Alfie memainkan peranan penting ketika melakukan larian luar biasa.

    “Saya menikmatinya setiap kali sebelum beraksi di laman sendiri dan ia ternyata memberi kesan yang baik mungkin ada sesuatu istimewa ditambah pada masakan berkenaan.

    “Saya hanya menolongnya sedikit sahaja, dengan banyak masa selebihnya dihabiskan duduk di atas sofa melihatnya memasak,” kata Haaland.

    Dengan Haaland berjaya memperkukuhkan serangan City sejak pemergian Sergio Aguero, penyandang juara itu memulakan penguasaan dengan merekodkan 29 gol dalam lapan perlawanan liga pertama mereka.

    Maka tidak hairanlah apabila bos City, Pep Guardiola cepat menafikan laporan di Sepanyol minggu ini bahawa kontrak Haaland City mengandungi klausa yang membenarkan Real Madrid menandatangani pemain itu mulai 2024. – AFP

    Erling Haaland semasa sesi memanaskan badan sebelum perlawanan di antara Manchester City dan FC Copenhagen di Stadium Etihad di Manchester, England pada 5 Oktober 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...