Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lebih 30% populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin

    KUALA LUMPUR, 10 MAC – Sebanyak 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

    Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 15,157,782 individu atau 64.4 peratus populasi dewasa negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19 dan seramai 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,833,876 individu atau 91.1 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

    Sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan semalam meliputi 18,781 dos pertama, 1,817 dos kedua dan 42,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,935,466. – Bernama

    Maskot beruang bergambar bersama kanak-kanak yang selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) di Tabika Kemas Parlimen Parit pada 28 Februari lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...