Thursday, May 9, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    Lebih 300 hidangan makanan disumbangkan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) baru-baru ini telah bekerjasama dengan Society for Community Outreach and Training (SCOT), disokong oleh sukarelawan dari Kolej Sains Kesihatan JPMC (JCHS), menekankan kepentingan tindakan kolektif dalam menyelaras dan mengagihkan makanan bersama ibu tunggal yang terlibat dalam Program Komuniti Dapur Sosial SCOT di Shared Kitchen, Pusat Belia, di ibu negara.
                Inisiatif itu menghimpunkan 40 sukarelawan dari JPMC dan 20 sukarelawan dari JCHS, bersama wakil SCOT dan ibu tunggal, menghasilkan lebih 300 hidangan makanan.
                Program itu adalah untuk menghulurkan sokongan kepada keluarga kurang berkemampuan yang tinggal di Pusat Penempatan Sementara Jalan Sentosa, di samping menyediakan juadah berbuka puasa untuk umat Islam di Masjid Ash-Shaliheen dan Masjid Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS).
                Inisiatif itu bukan sahaja merangkumi semangat Ramadan tetapi juga memupuk kebaikan, meninggalkan kesan positif yang berpanjangan kepada masyarakat dan memupuk solidariti yang lebih kukuh.
                Selain itu, ia mengeratkan hubungan silaturahim antara pelbagai jabatan dalam kakitangan JPMC, meningkatkan budaya organisasi dan perpaduan mereka.

    Antara kakitangan JPMC bergambar ramai semasa program berkenaan. – Gambar serahan JPMC

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...