Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Lebih 300 OKP diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Lebih 300 orang kurang pendengaran (OKP) yang berdaftar dengan Persatuan OKP Kebangsaan telah diraikan dalam Majlis Iftar OKP yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia di ibu negara, baru-baru ini.

    Antara lain tujuan Majlis Iftar OKP pada bulan Ramadan yang penuh mulia dan berkah ini adalah sebagai wadah bagi setiap warga OKP meluangkan masa bersama keluarga masing-masing, mening-katkan perasaan kekitaan dan semangat kekeluargaan sesama warga OKP.

    Majlis yang diadakan setiap tahun sejak 2010 itu juga bertujuan untuk bersuai kenal dan memupuk semangat muhibah sesama warga OKP dan ahli jawatankuasa tertinggi (AJKT) dan biro-biro bersama keluarga masing-masing di kesemua peringkat.

    Hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Persatuan OKP, Pengiran Haji Norahalim BPHA Rahman bersama AJKT, biro-biro dan ahli-ahli OKP bersama keluarga masing-masing.

    Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan, persatuan berkenaan juga telah mengungkayahkan pelbagai aktiviti antaranya aktiviti keagamaan iaitu majlis tadarus dan khatam Al-Quran.

    Antara OKP yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...