Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    PBS gesa petugas khas teliti projek jambatan Labuan-Menumbok

    LABUAN, 26 MAC – Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuan yang memuji langkah penubuhan pasukan petugas khas bagi meneliti kebolehlaksanaan pembinaan jambatan Labuan-Menumbok, hari ini turut menggesa agar implikasi sosial projek berkenaan dinilai secara menyeluruh.

    Ketua bahagiannya, Datuk Peter Mak, berkata penting bagi pasukan petugas khas itu untuk mempertimbangkan pelbagai aspek melangkaui daya maju ekonomi sebelum membuat sebarang keputusan.

    Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, ketika menjawab soalan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat memaklumkan mengenai penubuhan pasukan petugas khas berkenaan.

    “Selain pertimbangan terhadap ekonomi, projek jambatan itu perlu diteliti dan dinilai sebagai satu tanggungjawab sosial oleh kerajaan untuk rakyat.

    “Kami (PBS) berharap pasukan petugas khas ini akan menjadi inklusif, termasuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

    Mak yang juga Naib Presiden PBS turut mencadangkan penganjuran sesi townhall dan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mengumpul input berkaitan pembinaan jambatan berkenaan.

    PBS Labuan, katanya optimis bahawa Dr Zaliha akan mengambil kira pandangan rakyat dalam menentukan nasib projek penting itu. – Bernama

    Gambar bertarikh 13 Januari menunjukkan Dr Zaliha bersama delegasi ketika tiba di Menumbok, Sabah, bagi membuat tinjauan tapak cadangan pembinaan Jambatan Labuan dan melihat sendiri pembangunan infrastruktur serta fasiliti di terminal feri itu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...