Tuesday, May 7, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Lima dihukum mati bekerjasama dengan Israel

    BANDAR GAZA, 4 SEPT – Pergerakan Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza hari ini mengumumkan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas lima orang rakyat Palestin, termasuk dua daripadanya kerana ‘bekerjasama’ dengan Israel.

    “Pada pagi Ahad, hukuman mati dijalankan terhadap dua orang yang dikutuk kerana bekerjasama dengan Israel dan tiga lagi yang terbabit dalam kes jenayah,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

    Katanya, defendan sebelum ini telah diberikan ‘hak penuh untuk membela diri’.

    Menurut Hamas, lelaki itu disabitkan bersalah kerana membekalkan ‘maklumat kepada Israel pada 1991 mengenai lelaki yang melakukan penentangan, kediaman mereka serta lokasi tempat pelancaran roket’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...