Monday, May 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Lewandowski bantu Barcelona atasi Sevilla

    MADRID, 4 SEPT – Robert Lewandowski sekali lagi menjaringkan gol ketika Barcelona mengalahkan Sevilla 3-0 dalam saingan La Liga kelmarin, manakala Real Madrid mencatatkan empat kemenangan daripada empat perlawanan dengan kemenangan ke atas Real Betis.

    Barcelona menafikan dua percubaan tuan rumah di Ramon Sanchez Pizjuan apabila Marc-Andre ter Stegen menafikan percubaan Ivan Rakitic dan Youssef En-Nesyri sebelum pasukan pelawat meledakkan gol.

    Raphinha meletakkan Barcelona di depan dengan menanduk masuk bola minit ke-21 selepas percubaan Lewandowski gagal menghasilkan gol namun bintang Poland itu tidak memerlukan masa lama untuk mencetak gol sendiri.

    Lewandowski mengawal dengan baik hantaran Jules Kounde sebelum merembat bola melepasi Bono untuk gol liga kelimanya sepanjang empat penampilan di saingan La Liga.

    Eric Garcia menjaringkan gol ketiga Barcelona lima minit selepas separuh masa kedua apabila hantaran lintang Raphinha disambar gol oleh Kounde yang dijual oleh Sevilla pada harga 50 juta euro (AS$49.8 juta) pada musim panas ini.

    Barcelona, ​​yang melayan kunjungan Viktoria Plzen pada hari Rabu dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, kini ketinggalan dua mata di belakang Madrid yang
    menang 2-1 ke atas Betis pada awal hari itu.

    Vinicius Junior meletakkan Madrid di depan dalam aksi di Santiago Bernabeu, tetapi Sergio Canales tidak lama kemudian menyamakan kedudukan dengan jaringan ke atas bekas kelabnya.

    Rodrygo memperoleh mata sempurna untuk pasukan Carlo Ancelotti selepas sejam dengan gol pertamanya musim ini, sekali gis menamatkan permulaan sempurna Betis. Real Madrid seterusnya akan menentang Celtic dalam Liga Juara-Juara. – AFP

    Aksi Robert Lewandowski meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua pasukannya dalam perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol menentang Sevilla di Seville, Sepanyol kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...