Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Luanloko tampil lagu baharu Dharma Dunia

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Setelah tampil dengan lagu Semboyan yang mengangkat namanya sekitar penghujung tahun lepas, Luanloko yang merupakan artis hip-hop dan rap tanah air, kini terus mewarnai industri muzik tempatan dan luar negara dengan mengeluarkan lagu baharu bertajuk Dharma Dunia, hari ini.

    Lagu berkenaan merupakan hasil kolaborasi nyanyian bersama Adeep Nahar selaku penggiat seni muzik dari Malaysia.

    Luanloko semasa dihubungi Media Permata menjelaskan, lagu baharu berkenaan memiliki makna tersirat berkisar nasihat dan ketuhanan yang merupakan salah satu genre hip-hop dan rap Nusantara yang mana alunan muzik adalah sentuhan peribadi manakala lirik lagu pula hasil gabungan beliau bersama Red Rahimad.

    Menjelaskan lanjut mengenai makna tersirat mengenai lagu baharunya, Luanloko berkata, Dharma Dunia yang bererti hukum atau kenyataan, terselit pengajaran dengan menggambarkan tentang kehidupan dan tindakan akibat kelakuan manusia di dunia ini.

    Beliau turut merakamkan kegembiraan apabila menyaksikan perkembangan seni muzik tanah air yang kian berkembang dengan variasi muzik lagu yang dikeluarkan lebih-lebih lagi daripada penyanyi mahu pun komposer tempatan sendiri sehingga sesetengahnya berjaya menembusi pasaran luar negara.

    “Saya ingin sekali melihat lebih ramai rakan artis untuk berani mencuba dan jangan malu untuk mengembangkan bakat terutama sekali kepada yang ingin menceburi industri muzik kerana memang tidak senang untuk mengekalkan semangat dalam bidang muzik. Adalah menjadi harapan tulus diri ini agar kita semakin menghargai dan saling mendukung satu sama lain demi memajukan industri muzik di negara ini,” ujarnya.

    Lagu baharu berkenaan boleh didengar menerusi semua platform seperti Youtube, Spotify, Deezer, Apple Music, Amazon Music, Joox dan sebagainya.

    Luanloko terus mewarnai industri muzik tempatan dan luar negara dengan mengeluarkan lagu baharunya, Dharma Dunia, hasil kolaborasi nyanyian bersama Adeep Nahar dari Malaysia. – Gambar serahan Luanloko
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...