Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Majlis Khatam Al-Quran semarak sambutan Aidilfitri

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Ahli jemaah Tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini, telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di masjid berkenaan setelah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Kampung Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Awang Haji Zaini bin Haji Damit berkata, “Kita bersyukur dan dapat berdamping dengan Al-Quran secara istiqamah dan seterusnya mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sebagai menyatakan rasa syukur ke hadrat Allah SWT”.

    Menurutnya, majlis itu juga sekali gus untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan di negara ini.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim yang bermula daripada Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas yang dipimpin oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin.

    Doa Tahlil dan Doa Selamat pula dibacakan Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Awang Muhammad Haji Hazman bin Haji Mohd Hairol Azme.

    Ahli jemaah Tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Sungai Besar bergambar ramai pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...