Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Takaful Brunei raikan Syawal dengan Takbir Syukur

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Dalam menyemarakkan bulan Syawal ini, Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd (Takaful Brunei) dan anak-anak syarikatnya, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK), kelmarin, telah menganjurkan Takbir Syukur Aidilfitri.

    Majlis yang berlangsung di Tarindak D’Seni di ibu negara itu telah dihadiri oleh lebih 600 tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga pengarah, badan penasihat syariah, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pelanggan korporat, rakan kongsi perniagaan dan wakil media.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya serta pegawai dan kakitangan Takaful Brunei selaku tuan rumah telah mengalu-alukan kehadiran tetamu.

    Tetamu yang hadir bukan sahaja berpeluang beramah mesra, malah dihidangkan makanan tradisional dan minuman.

    Takaful Brunei berharap melalui sambutan berkenaan, pelanggan mereka dapat membina kepercayaan dan keyakinan lebih kukuh dengan berjumpa sendiri dengan pekerja dari pelbagai jabatan selain menyatakan rasa terima kasih atas kesetiaan dan sokongan berterusan pihak berkepentingan.

    Haji Shahrildin berkata, acara berkenaan merupakan tanda terima kasih mereka atas kepercayaan dan kerjasama yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka bersama, selain berharap dapat memupuk hubungan yang lebih kukuh.

    Haji Shahrildin bersama tetamu yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN TAKAFUL BRUNEI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...