Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Makluman pembukaan semula satu lagi klinik pergigian

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Jabatan Perkhidmatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, memaklumkan orang ramai bahawa Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah (PAPRSB), Sungai Asam akan mula dibukakan kembali esok.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, jabatan berkenaan menjelaskan bahawa rawatan pergigian kecemasan dan rutin akan diberikan di klinik pesakit luar pergigian dan bagi rawatan susulan pula melalui perjanjian, tertakluk kepada pemeriksaan saringan di kaunter-kaunter yang disediakan di lokasi berkenaan.

    Klinik tersebut akan beroperasi dari 8 pagi hingga 2 petang.

    Dalam pada itu, sebagai sebahagian daripada usaha dalam mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan bagi melindungi pengunjung dan petugas kesihatan di klinik-klinik pergigian, para pesakit akan diperlukan untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) terlebih dahulu sebelum sesi rawatan dimulakan dengan pemantauan daripada pekerja kesihatan di Jabatan Perkhidmatan Pergigian, manakala ujian swab PCR akan dilakukan bagi kes-kes tertentu.

    Orang ramai diharapkan untuk bersabar kerana waktu menunggu yang dijangkakan akan bertambah kerana keperluan membuat ujian ART bagi semua perjumpaan di klinik pergigian.

    Antara yang hadir pada majlis tahlil yang dikelolakan Sumbangsih Mulia sempena bulan Ramadan.

    Jabatan Perkhidmatan Pergigian memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

    Sementara itu, perkhidmatan konsultasi dan bagi pesakit-pesakit pergigian melalui talian telefon (8117981 atau 8117936) dan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp (8117635) masih lagi diteruskan.

    Talian-talian tersebut telah mula beroperasi pada 16 Ogos 2021 sehingga sekarang setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, dari 8 pagi hingga 2 petang.

    Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut sebagai kaedah alternatif untuk mendapatkan nasihat pergigian bagi mengelakkan kunjungan yang tidak diperlukan sebagai langkah untuk mengurangkan interaksi di antara orang ramai dengan kakitangan jabatan itu bagi membendung penularan wabak COVID di Negara Brunei
    Darussalam.

    Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh meng-hubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau Talian Darussalam 123.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...