Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan bagi kerja pembaikan paip

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan (slow lane) di sebahagian Jalan Sekolah berdekatan dengan lampu isyarat menuju Jalan Tasek Lama menghala Bandar Seri Begawan bermula esok.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah berukuran 600mm diameter sedalam 2 meter di jalan berkenaan dapat dilaksanakan di mana kerja-kerja pembaikan akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

    Sehubungan dengan itu, pihak JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi di mana kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah akan dilaksanakan.

    – Gambar serahan JKR

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...