Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan di Jalan RIPAS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hala Bandar Seri Begawan bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetungan bawah tanah berdekatan Balai Bomba Bandar Seri Begawan

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan bermula hari ini hingga kerja-kerja pembaikan selesai dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

    Sementara itu, jabatan berkenaan juga memaklumkan mengenai lencongan jalan di Jalan Kota Batu bermula hari ini hingga esok dari pukul 8 pagi.

    Lencongan jalan berkenaan adalah bagi memberi ruang kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik untuk membuat kerja-kerja pemasangan kabel elektrik bawah tanah.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan RIPAS hala Bandar Seri Begawan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...