Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Malaysia temui 100 peluru meriam lama di tongkang China

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Agensi maritim Malaysia berkata kelmarin sebuah tongkang China berkemungkinan merompak dua bangkai kapal British Perang Dunia II di Laut China Selatan selepas menemui 100 lagi peluru meriam lama pada kapal yang ditahan itu.

    Media Malaysia melaporkan bahawa pengendali penyelamat haram dipercayai menyasarkan HMS Repulse dan HMS Prince of Wales, yang ditenggelamkan pada tahun 1941 oleh torpedo Jepun beberapa hari selepas serangan ke atas Pearl Harbor.

    Nelayan dan penyelam telah memaklumkan pihak berkuasa selepas melihat sebuah kapal asing berhampiran kawasan itu bulan lalu.

    Agensi maritim itu menahan tongkang yang didaftarkan di Fuzhou, China, pada Ahad kerana berlabuh tanpa permit di luar negeri Johor selatan.

    Setelah disiasat, agensi itu menemui timbunan besi buruk dan peluru artileri yang dipercayai dari Perang Dunia II di atas kapal tersebut. – AP

    Antara peluru meriam lama yang ditemui Agensi maritim Malaysia semasa menahan tongkang China di luar negeri Johor selatan – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...