Sunday, May 19, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Satu maut dalam kebakaran di Manila

    MANILA, 5 MEI – Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku di Bandaraya Manila hari ini, kata Biro Perlindungan Kebakaran.

    Anggota bomba Charles Bacoco memberitahu pemberita bahawa kebakaran berlaku kira-kira 9:30 pagi waktu tempatan, memerangkap wanita yang terbaring di katil itu dalam sebuah bangunan.

    Bacoco berkata kebakaran bermula di sebuah bangunan kediaman di belakang sebuah hotel milik mangsa.

    Anggota bomba memadamkan kebakaran sejam kemudian.

    Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...